SSCC Bantu Koordinasi Pemadaman Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Hutan Simpan Raja Musa, Kuala Selangor

Lawatan Smart Selangor ke Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bentuk Kerjasama Agenda Smart City
4th September 2017
KENYATAAN BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI DI DALAM KES MBI LAWAN FAEKAH HUSIN DAN TUJUH YANG LAIN
4th September 2017

Shah Alam: Smart Selangor Command Centre (SSCC) yang kini berpusat di pejabat Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Shah Alam menjadi pusat pemantauan perkembangan dan penyelerasan maklumat pihak Unit Pengurusan Bencana Kerajaan Negeri Selangor (UPB) bagi membantu di dalam operasi pemadaman api kebakaran di dua Hutan Simpan, iaitu di Kuala Langat Utara dan Raja Musa, Kuala Selangor.

Kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas 100 hektar telah bermula sejak 3 Ogos lalu dan kini kira-kira 85 ekar keluasan kebakaran masih di dalam usaha pemadaman. Sementara itu, di Hutan Simpan Raja Musa, Kuala Selangor, kebakaran seluas 120 hektar yang bermula sejak 8 Ogos lalu juga masih di dalam usaha pemadaman dengan baki 10 hektar yang masih terbakar.

Pihak UPB yang mula beroperasi di SSCC sejak 1 Ogos yang lalu telah menyelaras operasi bersepadu di kedua-dua tempat kejadian dengan melibatkan lebih 60 agensi, jabatan dan NGO untuk memastikan pemantauan 24 jam di kawasan-kawasan berkenaan.

Fairuz berkata, penggunaan SSCC bagi membantu operasi di tapak termasuklah pemantauan keluasan melalui satelit, bacaan indeks pencemaran udara, radar cuaca, ramalan arah angina serta menyelaras komunikasi antara jabatan.

“UPB telah menggunakan dua buah drone dan tiga buah pam berkuasa tinggi bagi membantu operasi tapak, dan melalui SSCC maklumat satelit dapat diselaras dan pemantauan dapat dimaklumkan dalam kadar segera,”

“Punca kebakaran ini dikhuatiri adalah disebabkan aktiviti manusia, tambahan pula dengan musim monsun barat daya yang sedang dialami sekarang ini, kebakaran lebih mudah merebak”, ujar beliau lagi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati di kedua-dua kawasan tersebut dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya di dalam penggunaan bahan api untuk mengelakkan berlakunya kebakaran seperti ini.

Operasi awal SSCC adalah bertumpukan kepada pemantauan aset negeri seperti lampu trafik, keadaan jalanraya, pemantauan bas smart selangor, pengurusan sampah, indeks pencemaran udara dan air serta operasi-operasi UPB. Ia dijangkakan bermula beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11