32 keluarga terima sumbangan

Kerajaan Negeri sedaya upaya serah bantuan sebelum Aidilfitri
30th August 2017
Mangsa banjir bersyukur terima bantuan
30th August 2017

Media : Sinar Harian

Date    : 23 June 2017

HULU LANGAT – Kerajaan negeri bersama Menteri Besar Incorporated (MBI) menghulurkan sumbangan wang tunai termasuk barangan dapur kepada 32 keluarga mangsa banjir di sini, semalam.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pihaknya menyasarkan sumbangan itu dapat diserahkan sebelum Aidilfitri.“Sumbangan ini diharap dapat membantu mangsa berhari raya, bagaimanapun masih ramai terlibat banjir belum mendaftar atau memaklumkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

“Saya difahamkan kirakira 600 keluarga mangsa banjir di mukim Dusun Tua, namun kita masih belum menerima senarai lengkap. MBI telah memperuntukkan RM100,000 untuk disalurkan kepada mangsa banjir,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan itu, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat; Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan AzizahWan Ismail; Adun Dusun Tua, Razaly Hassan; Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk [email protected] Zulkefli Khalid dan Ketua CSR MBI, Ustaz Jaafarudin Md Ali Al-Hafiz.

Menurutnya, Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) juga dijangka memberi sumbangan kirakira RM300 hingga RM500 sementara agensi lain disarankan untuk turut memberi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin berkata, pihaknya berjaya mengumpul dana bantuan daripada 30 anak syarikat kerajaan negeri dalam usaha membantu mangsa banjir. “Ini adalah gelombang pertama bantuan disalurkan dan kita masih menunggu rekod-rekod mangsa banjir di kawasan ini dan diharapkan bantuan sebegini ada kesinambungannya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, bapa kepada mangsa lemas, Alias Sagi, 51, yang turut menerima bantuan berkata, persiapan Aidilfitri kali ini tidak meriah disebabkan kematian anak lelakinya.“Kami sekeluarga masih bersedih, pemergian Taufik amat dirasai, dia seorang anak yang berdikari dan boleh buat kerja kebun,” katanya.

Mangsa yang merupakan anak ketiga juga orang kurang upaya (OKU) dihanyutkan air sungai dalam kejadian banjir, Sabtu lalu sebelum mayatnya ditemui dua hari kemudian di Sungai Tanjung Niah, kirakira satu kilometer dari lokasi dia hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64cb75dee14083feeed5f4fa2592ff11